Jumaat, 13 September 2013

Kullu nafsin za iqatul maut

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut Janganlah kamu berdukacita dan risau Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala Apabila mereka menyuruh kamu duduk, Mereka juga akan menyoal kamu Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul Janganlah berasa gementar, janganlah cuak Dan janganlah bergopoh-gapah Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, Malahan solah lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku, Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, Bahkan dari masa hidup hingga aku mati Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”. Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu Inilah dia suatu dugaan yang paling besar Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh Sehingga sampai satu masa kelak, Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, Bahawasanya mati ini adalah benar Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar Minum di kolam air nabi adalah benar Ada syurga dan neraka adalah benar Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu Tuhan jua yang menetapkan hati kamu Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala Menjinakkan hati kamu yang liar Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Jumaat, 13 Julai 2012

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
gatal nak kawen kewww??
perkahwinan,poligami,monogami,poliandri ? menarikkk....semua tu aku pernah belajar dalam subjek famly management masa kat uitm dulu.... mungkin ramai yang tak tahu maksudnya.... usahala untuk google ye meaning semua itu... bukan niat untuk menyentuh soal poligami,poliandri atau monogami pada kali ini.. dan bukan niat di hati ini rasa gatal nak kawen awal bila aku post entry soal kawen ni... tapi terlintas di hati nak selongkar tentang rasa dan perasaan terhadap seseorang yang kita sayang...
cakap soal hati dan rasa jiwa ni.. memang perasaan tu kita xleh nak tipu bila kita sayang kat seseorang... bila kita kasih kat seseorang... kerana rasa cinta itu kita pupuk untuk mencintai dia seorang... andai dia pergi dari jiwa kita.. lari meninggalkan kita terkapai-kapai dilambung desakan sangsi merindu.. pada ketika itu,jiwa yang masih mekar mencintai luluh berkecai kecewa ditinggalkan sepi.. namun kita harus bangkit kerana jodoh itu milik Allah.. kita hanya merancang.. tapi Dia yang menentukan...
akhir sekali, kita hidup bukan untuk meraih simpati manusia.. kita hidup bukan untuk mencari erti hakiki kebahagiaan.. kerana sebuah kehidupan yang sempurna... adakalanya kita gembira,dan adakalanya kedukaan itu pengubat segala kerinduan yang ada.... lepaskanlah sesuatu yang bukan ditakdirkan milik kita.. titisan embun jernih yang gugur dari kelopak mata seorang insan itu sebenarnya bukanlah lambang kelemahan jiwa kita meratapi kesedihan... tetapi embun jernih yang gugur itu adalah penawar mujarab hati dan perasaan seseorang untuk melupakan segala episod kelukaan semalam.. hidup ini pilihan,.. apa yang membuatkan diri kita menangis,lepaskanlah seikhlas hati... dan apa yang membuatkan jiwa ini terhibur,kita cuba pertahankan.. bittaufiq wannajah...

Ahad, 1 April 2012

secebis pengorbanan..


pengorbanan memang menyiksakan...
lagi sakit bila pengorbanan yang kita lakukan langsung tak dihargai..
pengorbanan memerlukan keikhlasan,
memang betul,pengorbanan mesti ikhlas..
fitrah manusua,kita punya hati,kita punya perasaan...
sebelum kita buat orang sakit,fikirlah dalam-dalam,
sesungguhnya jika orang lain guris hati kita,pasti kita rasa sakitnya juga..
ikhlaslah dalam sebuah perhubungan,sayangilah sebuah pertemuan...
bukan kupinta untuk dihormati,tapi cukuplah untuk hargai kehadiranku...
cukuplah menyiksa diri ini....
sesungguhya aku tak mahu sakit lagi...
tak mahu siksa lagi..
cukuplah derita ini berakhir.....