Jumaat, 13 Julai 2012

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
gatal nak kawen kewww??
perkahwinan,poligami,monogami,poliandri ? menarikkk....semua tu aku pernah belajar dalam subjek famly management masa kat uitm dulu.... mungkin ramai yang tak tahu maksudnya.... usahala untuk google ye meaning semua itu... bukan niat untuk menyentuh soal poligami,poliandri atau monogami pada kali ini.. dan bukan niat di hati ini rasa gatal nak kawen awal bila aku post entry soal kawen ni... tapi terlintas di hati nak selongkar tentang rasa dan perasaan terhadap seseorang yang kita sayang...
cakap soal hati dan rasa jiwa ni.. memang perasaan tu kita xleh nak tipu bila kita sayang kat seseorang... bila kita kasih kat seseorang... kerana rasa cinta itu kita pupuk untuk mencintai dia seorang... andai dia pergi dari jiwa kita.. lari meninggalkan kita terkapai-kapai dilambung desakan sangsi merindu.. pada ketika itu,jiwa yang masih mekar mencintai luluh berkecai kecewa ditinggalkan sepi.. namun kita harus bangkit kerana jodoh itu milik Allah.. kita hanya merancang.. tapi Dia yang menentukan...
akhir sekali, kita hidup bukan untuk meraih simpati manusia.. kita hidup bukan untuk mencari erti hakiki kebahagiaan.. kerana sebuah kehidupan yang sempurna... adakalanya kita gembira,dan adakalanya kedukaan itu pengubat segala kerinduan yang ada.... lepaskanlah sesuatu yang bukan ditakdirkan milik kita.. titisan embun jernih yang gugur dari kelopak mata seorang insan itu sebenarnya bukanlah lambang kelemahan jiwa kita meratapi kesedihan... tetapi embun jernih yang gugur itu adalah penawar mujarab hati dan perasaan seseorang untuk melupakan segala episod kelukaan semalam.. hidup ini pilihan,.. apa yang membuatkan diri kita menangis,lepaskanlah seikhlas hati... dan apa yang membuatkan jiwa ini terhibur,kita cuba pertahankan.. bittaufiq wannajah...