Jumaat, 16 September 2011

pengalaman lalu,jalan untuk hari ini....


dah hampir setahun lebih aku tinggalkan zaman persekolahan dan aku tinggal segala kenangan manis di sekolah dulu...
sebenarnya memang aku terlalu rindu saat-saat manis masa aku menyertai semua jenis pertandingan kat sekolah dulu,terutama dengan cikgu Maznah,seorang guru yang kenalkan aku tentang nilai,harga dan estetika sebuah bahasa...

dari situ aku mula melangkah kaki dalam pertandingan debat,forum,pantun dan syarahan...memang dulu aku pernah bercita-cita nak jadi seorang pakar motivate atau lecturer atau something kerjaya yang boleh aku bercakap...
terima kasih kat cikgu Maznah sebab beri saya tunjuk ajar..aku terlalu hargainya sebab tanpanya,aku tak mungkin bisa jadi seperti hari ini...


kerana pengalaman semalam,hari ini aku mampu bangkit...
sebenarnya setahun lebih tu masa yang cukup lama aku dah tinggalkan arena perbahasan..zaman sekolah dulu..
tapi bila dah ada peluang,aku nak cuba la pulak masuk bahas kat kolej tempat aku blajar sekarang...berkat apa yang diajar cikgu dulu,alhamdulillah aku menang dah 2 sidang setakat ni...syukur sangat2..


dari dulu aku duduk posisi sbgai menteri yang ke 3...tugas aku ialah bidas semua usul dan hujah...
walaupun perasaan cuak,takot dan kalau org putih sebut,nervous tu ada,tapi aku memang semangat gile kalau bab2 gini...sebenarnya jiwa aku ni lebih pada bahasa,pada sastera...tapi apakan daya.....

minggu depan ada lagi sidang bahas..aku harap masih ada sinar harapan untuk aku terus menang dalam sidang2 bahas yang akan datang....

pembangkang,kerajaan,pembangkang,kerajaan....
argggghhhh,,mane2 pon boleh kerana semangat dan hujah yang mantap itu penting..
yakin dan pasti itu kunci kemenangan di medan bahas !

terima kasih cikgu sebab ajar saya....

Tiada ulasan: